KUALA LUMPUR: Suasana Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 bertukar sebak ketika Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan ucapan penggulungan mengenai jasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Jelas Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, UMNO Pahang amat merindui pemimpin yang menjadi tulang belakang parti di peringkat negeri itu sebelum ini.
"Jujur dan ikhlas saya katakan. Ketika satu Malaysia menzahirkan rindu kepada Datuk Seri Najib, kami dari Pahang, 1,000 kali lebih rindu kepada susuk tubuh yang cukup berjasa ini.
"Suatu ketika, kami di Pahang, laksana patah perahu, kemudi hanyut. Kerana susuk tubuh inilah yang selama ini, sentiasa menjadi sumber kekuatan kepada kami," jelasnya.
Tambah Menteri Besar Pahang itu, UMNO Pahang tidak pernah melupakan jasa Najib dan sentiasa memperjuangkan nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu sehingga mendapat keadilan sewajarnya.
"Susuk tubuh inilah, yang acap masa menjadi sumber inspirasi buat kami. Susuk tubuh inilah yang setiap detik, menjadi sumber pencetus semangat buat kami.
"Kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak... percaya dan yakinlah, bahawa kami sentiasa bersama Datuk Seri.
"Tatkala Datuk Seri berteleku di balik tirai besi, tatkala Datuk Seri dibelenggu sunyi dan sepi, tatkala Datuk Seri keseorangan tanpa sesiapa di sini, kami di sini sentiasa mengingati," katanya lagi.
Fareez Azman
Sat Jun 10 2023
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menunjukkan buku 'UMNO Bangkit Demi Masa' sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto BERNAMA
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.